12.8.09

:((

saya dah mula rindu rumah. rindu mak saya. rindu anak saudara saya. rindu budak2 merempit kat jalan sekolah yang bertentangan dengan bendang depan rumah saya. bila dengar bunyi motor depa mesti saya rasa nak maki. keluar rumah duduk betul2 tepi bendang, cekak pinggang lama-lama...dari jauh jek la ahahahahaha. rindu bilik saya. walaupun kecik muat-muat saya tapi itu tempat saya dapat ketenangan, tempat nak tereyak sorang2 pon ya jugak. saya pun dah mula rindu tesco. dah rindu nak tolak troli tesco dengan mak saya. macam kat sini takdak. tapi feel dia lain macam la. sini nak beli hapa pun nak kena usha dalam2 dulu takut kopak beg duit ha.

tambang bas naik lagi. loan dah makin susut takat hidung dah. macam mana mau survive sampai hujung sem ni. haih. sesak sungguh mak~ ada kelab malam mana2 nak pakai gro kosong dak. tapi takboleh take away lah. pffttt..dah start mengarut dah.

minggu depan bizi dengan test test. the whole week. jadi tiada istilah dating dah. nanti continue nak sambut puasa. kaw2 lagi kena kasi kurang sikit dating. saya malas nak study tau apa pasal? rasa umur macam dah tua, beku baca apa pun tak masuk dah. nak defroze pon tadak microwave sini. arghhhhh!!

buat masa sekarang saya suka baca belog cik nani dan incik pipi. ringkas. padat. baca laju2 tapi paham isi kandungan dan objektif yang nak disampaikan. bahasa standard pakai jadi mudah difahami even saya scan 20patah perkataan/s. setakat ni mata saya belum juling lagi.

BUTTERFINGERS 1000 TAHUN--

No comments: