29.6.09

pesanan kepada semua lelaki

dengar sini,penaja mau kasi tau sikit

lelaki dah memang dipadankan untuk perempuan. tapi kenapa masih banyak lagi diluar sana pengkid2 lesbian2 dan gay2 bergiat aktif? abaikan. biar lah mereka dengan dunia mereka.

kat sini saya nak cakap, kalau kapel semua indah2 kan. pijak semut tak mati kentut busuk pun jadi wangi tiba2. curious jap. mestilah dah nama pun cintan-cintun i lap u u lap i. tapi bila clash benda2 tu semua jadi terbalik. sama dengan kes saya. tapi saya lagi cool. kalau dah clash apa salahnya kan berkawan. ok memang tadak hal punya. tapi masa bercinta saya tak pernah dengar pasangan saya kentut dah memang kentut tu bau nya busuk. tak pernah pulak saya kata wangi. ada?

tapi bila erti kepercayaan isu kawan itu disalah anggap, dikhianati dan adab2 sebagai kawan tak dipatuhi kamu rasa apa patut saya buat? jangan ada apa-apa lagi hubungan dengan saya dah lepas itu. kamu tak pandai nak menghargai erti kawan sebenarnya. kamu mula nak menaruh simpati saya dan kamu mula buat muka minta belas kasihan. betul cakap incik razaisyam rashid, semua lelaki rasanya pathetic. perempuan lagi berkuasa..gile lah. ok.tapi dari sudut pandangan mata hati saya pulak kata,lelaki pathetic adalah lelaki yang tak reti nak move on.perempuan berkuasa tak berkuasa itu lain cerita lah.

lelaki, sila take note once kamu clash, kamu jangan nak buat benda-benda yang boleh cakap kurang siuman. jangan add facebook,ym etc kawan-kawan ex girlfriend kamu. dulu masa zaman cintan-cintun kamu tak gedik nak buat kawan2 dia jadi kawan2 kamu. dah clash baru nak add sana sini. nak bermain komen dengan kawan2 dia. murah.motif sebenar kamu buat macam tu? lu pikir sendiri.

kedua, jangan buat satu tindakan bodoh macam budak-budak sekolah bercinta. ini zaman 2009 bukan zaman 70an atau 80an. perempuan paling suka sentimental value dan perempuan tidak buruk siku! jadi kamu tak perlu bagi balik semua pemberian dia kepada kamu. kalau kamu bagi balik ibarat kamu adalah perkara paling menyedihkan dalam dunia. even kamu tak boleh pandang kenangan2 lama sekali pun, kamu boleh bagi kat mana-mana majlis perbandaran. perbuatan itu nampak tak kejam dari nak main bagi-bagi balik ni. apa de hal jah..

ketiga, bekas perempuan kamu ni dah benci sangat dah dengan kamu jadi jangan kamu nak call or mesej dia. sebab dia tak berharap langsung nak dapat apa-apa dari kamu. apa nak jadi pun biar dia sendiri yang cari kamu. itu nampak macam dia dah boleh terima kamu sikit. boleh lah kalau kamu nak mesej wish hari jadi atau apa-apa hari kebesaran beliau tapi jangan lebih-lebih.dia mungkin terima mesej kamu itu tapi untuk reply, no no no. dia tak nak besar-besarkan masalah lama antara kamu dan dia.

paling best kamu jangan la nak ambil peduli pasal dia thru kawan2 dia. apa-apa pun kawan2 dia adalah kawan2 dia. kamu try nak jadi baik macam mana pun,kawan2 dia takkan jadi kawan2 kamu. kamu tau apa sebab? sebab dah clash baru kamu ada hati nak merapatkan diri kamu dengan orang yang mungkin sudah tiada hubungan atau kena mengena dengan kamu. pertalian darah lagi lagi lah menyimpang jauh.


moral of the story, dah tak payah la nak berpura-pura baik. muka baik mungkin nampak baik lah tapi perangai kurang siuman yang kamu terbawa-bawa tu boleh nampak macam kamu ni sangat annoying ok. appreciate apa yang kamu ada sekarang, buat perangai elok-elok sikit mana tau 5tahun lagi dia balik cari kamu semula. kot =)


2 comments:

iamstradust said...

sy tak teringin plak nak berkawan dgn kawan ex gf sy..

tp dorg plak yg terhengeh nak berkawan ngan sy

ape kes bro?

Thumbnail said...

tu nk test market la tu
bajet lg hot dr exgf u myb
hahaha:)