18.6.09

tipikal bangla atau melayu?

Bila balik bercuti boleh kira dengan jari saya keluar malam berapa kali. Kamu rasa saya anti sosial? Saya tipikal anak dara sunti yang pandai bersosial. Clean.

Ada kawan jemput buat makan-makan kat rumah dia this friday,boleh kira kawan sudah tujuh tahun sama maksud kawan-kawan rapat, miss Firr. Jadi saya ajak miss Sy dan miss Pan buat cupcakes sebab nak bawa masa nak pergi nanti. So, semalam decide keluar cari bahan. Pok pek pok pek satu supermarket cari bahan, bayar dan pergi makan larut malam.

Bila dah sampai restoran, masing-masing start dengan story masing-masing. Saya? Lagi suka bagi pendapat itu ini dari cerita story sendiri. Dari tipikal bangla atau melayu,berbulu dada lebat, siapa future partner life, darjat dan sekufu sampailah kisah cinta zaman monyet boleh gelak kaw-kaw sampai satu restoran pandang-pandang.. hello,we're having our funs here atau pun sebab tak pernah tengok awek hot hot yang tak pandai nak kontrol berlagak ayu. All out.

Kenapa nak kena cari yang sedarjat, apa hina sangat ke orang kebanyakan? Syed kena cari sharifah,sharifah kena kahwin dengan syed atau takut harta jatuh ke tangan orang lain? Sekarang dah 2009, tolong buka minda luas-luas kasi angin masuk sikit. Love is in the air ceewah..



miss Sy konon diet minum air suam


miss Pan yang cakap banyak



thumbnail, miss Pan

**Kesian miss Sy ada boyfriend tipikal bangla yang berketurunan syed berbulu dada lebat yang selalu mempertikaikan soal keturunan dan berat badan girlfriend sendiri. Excuse me.. perempuan tahu apa yang mereka mahu ok! Kalau saya? dah lama tinggalkan teman lelaki macam tu. Sudahlah tak hot mana, nak bising itu ini macam dia mr perfect pulak. Haish!

**Suka dengar story miss Pan dengan her dear sebab kudus tapi dah pandai notty sikit-sikit. auuwwwwwwww~

No comments: